dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Tanjung Piai, Johor
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pembayaran Zakat Fitrah

10 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 9 April 2023, seramai 4 orang komuniti setempat telah hadir ke PEDi Tanjung Piai untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara dalam talian. Mereka ialah Puan Siti Azizah binti Ismail, Muhammad Furkhan bin A. Ghafar, Muhammad Irsyad Syahmi bin Ramdan dan Muhammad Ifwat Najmi bin A. Bakar. Pembayaran zakat fitrah pada tahun ini mengikut Majlis Agama Islam Johor terbahagi kepada dua iaitu RM 7.00 dan RM 13.00 bergantung kepada jenis beras yang dimakan.

Memandangkan kemudahan yang terdapat di PEDi sinonim dengan permohonan atau pun pembayaran secara dalam talian, maka pembayaran zakat fitrah adalah menjadi amat mudah dan menjadi pilihan sesetengah komuniti. Selain dapat beramah mesra bersama komuniti, kakitangan PEDi Tanjung Piai turut mempromosikan perkhidmatan lain yang disediakan untuk digunakan sekiranya perlu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.